Friday 22 June 2012

Adolf Hitler : Kisah Konspirasi

Entri kali ini aku bawakan kisah ADOLF HITLER yang orang panggil Pemerintah Kuku Besi atau yang paling kejam pada zamannya. Tapi mengapakah hitler bertindak sedemikian? Adakah kisahnya telah dimanipulasi oleh orang barat? Adakah kisahnya terjadi juga di zaman ini. Mari kita kupas . . . .

Sebenarnya, hidup ini dipenuhi dengan konspirasi. Selama ini kita selalu ketahui yang mana Yahudi diperlakukan dengan kejam oleh tentera Nazi, pimpinan Adolf Hitler. Tetapi sebenarnya Holocoust itu adalah antara agenda zionis semata-mata untuk menarik simpati dunia bagi membenarkan mereka kembali ke bumi palestin dan tertubuhnya negara haram israeliat. Modus operandi seperti ini juga diguna pakai sebagaimana yang berlaku semasa  serangan WTC di New York……..

Ingat lagi antara kata-kata Adolf Hitler mengenai Yahudi :-
Saya boleh menghapuskan semua bangsa yahudi ketika saya berkuasa, tapi saya tinggalkan sedikit untuk kamu mengenali siapakah sebenarnya bangsa yahudi dan mengapa saya membunuh mereka.

- Adolf Hitler.

Tiada apa yang dikejutkan dengan penemuan ini, kerana rata-rata ramai yang mengetahui Adolf Hitler mempunyai darah campuran Yahudi. Cuma yang menjadi persoalan sekarang, apa konspirasi dan muslihat mereka selepas ini, kerana penemuan ini diumumkan secara tiba-tiba……dan mula digembar-gemburkan oleh mereka. Sedangkan apa yang mereka buat sebelum ini? Mengapa mengambil masa yang terlalu lama untuk memaklumkan untuk penemuan kali ini?

BRUSSELS – Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) ke atas ahli keluarga pemimpin Nazi di Jerman, Adolf Hitler menunjukkan bahawa dia mungkin berketurunan Yahudi dan Afrika Utara.Penemuan itu mengejutkan kerana Hitler bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan penduduk berketurunan Yahudi pada zaman Perang Dunia Kedua.

Hitler mati dengan menembak dirinya semasa Jerman kalah dalam perang Dunia Kedua. Majalah Knack yang beribu pejabat di Brussels mendakwa DNA yang diambil daripada saudara Hitler yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) telah membawa kepada penemuan tersebut.

Seorang wartawan, Jean-Paul Mulders mengumpulkan DNA daripada kain napkin yang digunakan oleh salah seorang daripada tiga pewaris Hitler yang tinggal di Long Island, New York. Kejayaan DNA itu menyebabkan seorang petani di Austria yang hanya dikenali sebagai Norbert H. dan merupakan sepupu kepada diktator Jerman tersebut berjaya dijejaki. Mulders mendapatkan khidmat pakar sejarah Marc Vermeeren untuk mencari Norbert di Waldviertel, Austria.

Norbert H. memberikan Vermeeren dan Mulders sampel air liurnya. Dengan menggunakan sampel Norbert dan DNA daripada kain napkin itu, Mulders mendakwa terdapat hubungan antara kedua-dua lelaki itu. Namun, DNA jenis Haplopgroup E1b1b (Y-DNA) yang ditemui pada kedua-dua lelaki itu jarang dijumpai di Jerman dan Eropah Barat.

“Ia lazimnya ditemui dalam penduduk Barbar di Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia termasuk puak Yahudi Ashkenazi dan Sephardic,” kata Mulders. “Itu merupakan keputusan yang mengejutkan. Sukar diramalkan bagaimana penyokong dan penentang Hitler menerima maklumat ini,” kata pakar genetik, Ronny Decorte yang mengesahkan hasil ujian terbabit dan menegaskan bahawa kemungkinan Hitler juga mempunyai darah keturunan Afrika Utara.

Menurut majalah Knack, DNA itu diuji dalam kondisi makmal yang ketat. – Agensi

 Kalau sebelum ini kecoh sebentar dengan terbongkarnya rahsia disebalik Adolf Hitler berbaik dengan orang Islam dan juga mendapat mandat daripada ulama-ulama mengenai bangsa Yahudi. Adolf  Hitler juga dikatakan mengkaji Al-Quran tentang siapa itu Yahudi dan macam-macam lagi…..

Apa itu peristiwa holocoust seperti yang dicanang selama ini :

Holocaust adalah peristiwa pemusnahan hampir seluruh Yahudi Eropah oleh Nazi Jerman dan kelompoknya ketika berlakunya Perang Dunia II. Orang Yahudi sering menyebut peristiwa ini sebagai Shoah, istilah Ibrani yang berertiti malapetaka atau bencana hebat. Holocaust sendiri berasal dari bahasa Yunani, holo yang bererti seluruh, dan caustos yang bererti terbakar.

Kononnya, Nazi Jerman dipercaya telah memusnahkan sekitar 6.3 juta orang Yahudi (angka yang dicanang selama ini oleh puak-puak Yahudi)
Pembunuhan Yahudi secara beramai-ramai adalah merupakan satu rancangan besar dan pembohongan paling besar yang mereka rancang sebelum tertubuhnya negara haram Israel, dengan adanye pembunuhan beramai-ramai maka dunia akan jatuh simpati pada kaum Yahudi yang kononnya ditindas.
Tetapi hakikatnya orang Yahudi ini perangainya, mereka sanggup berkorban apa sahaja demi kepentingan kaum mereka walaupun terpaksa bergadai nyawa. Selepas sahaja kejadian pembunuhan beramai-ramai, mereka telah berhijrah ke Palestin dan selepas itu tertubuhnya sebuah negara haram Israel yang meraka merampas hak Palestine.

Lihat apa yang berlaku sekarang? Jangan sesekali percaya bulat-bulat dengan agenda Yahudi. Perlu berjaga-jaga. Agenda Yahudi ialah mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Islam itu ganas sehingga sanggup membunuh orang untuk menguasai dunia.Dan lihatlah hari ini, kenapa Israel dan kuda tunggangan US tidak pernah sesekali pun merancang  menyerang Jerman, jika betul NAZI yang membunuh “puak” mereka? Kenapa mereka lebih gemar mengacau keamanan negara-negara Timur Tengah?

Antara persoalan lain yang boleh dikongsikan mengenai perihal Adolf Hitler, Yahudi :-

1.Datuk kepada bekas presiden George Bush juga pernah memberikan bantuan kepada Hitler untuk berkuasa.  Berikut adalah petikan dari artikel di guardian.co.uk ,  “George Bush’s grandfather, the late US senator Prescott Bush, was a director and shareholder of companies that profited fromtheir involvement with the financial backers of Nazi Germany. “

2.Mengapa ramai saintis NAZI diserap masuk ke dalam NASA??

3.Dua-dua negara ini iaitu Jerman (NAZI) dan Amerika Syarikat mencetuskan visi globalisasi iaitu untuk menguasai DUNIA. Antara cita-cita Hitler adalah untuk memerintah dunia. Adakah secara kebetulan?

4.Adolf Hitler dipercayai adalah agen British dan pernah ke England pada 1912 untuk urusan latihan. Antara yang dipelajarinya adalah untuk BRAINWASH manusia.  Tempat latihannya adalah di British Military Psych-Ops War School ,Tavistock , Devon dan di Ireland.  Maklumat tentang Hitler ke England ada tercatat dalam buku catatan adik iparnya , “The Memoirs of Bridget Hitler”(1979).  Semasa Perang Dunia Pertama, Hitler hanya menjadi ‘runner’ dalam askar Jerman dan pernah ditangkap 2 kali oleh askar British.  Dia telah dikenakan hukuman oleh British Intelligence.

5.Kedua-dua negara ini iaitu Jerman (NAZI) dan Amerika Syarikat telah membunuh jutaan manusia. NAZI bukan sahaja membunuh orang-orang Yahudi, tetapi juga orang-orang POLAND, orang-orang Slavic dan lain-lain

6.Hitler sendiri juga ada darah campuran Yahudi. Dan 155,000 askar NAZI adalah berdarah Yahudi juga, termasuklah seribu lebih pegawai-pegawai dan pegawai-pegawai tertingginya.  Tetapi Yahudi yang mana yang mereka bantai habis-habisan itu?

7.Media menggembar-gmburkan Adolf Hitler membunuh 6.8 juta Yahudi tetapi di Eropah pada masa itu Yahudi cuma ada sekitar 3.5 juta sahaja. ehem….

Kita tengok NAZI bantai atau bunuh Yahudi yang mana? Itu turut menjadi persoalannya sekarang. Illuminati pun ada yang mengaku bahawa mereka keturunan Yahudi tetapi sebaliknya kebanyakan mereka adalah keturunan Namrud dan Firaun, bukannya Yahudi tulen.  Adakah semua Yahudi itu JAHAT? Nabi Isa a.s pun berketurunan Yahudi.

Tahukah kita BEZA Yahudi Zionis dengan Yahudi Orthodox? Dan pernahkah anda baca ayat Al-Quran ini?

“Dan kami membahagikan mereka (Yahudi) di dunia ini menjadi beberapa golongan, di antaranya ada orang-orang yang baik dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk agar mereka kembali kepada kebenaran.”

Surah Al-A’raaf : ayat 168

P/S : Berhati-hatilah kita dengan agenda jahat orang Yahudi ini. Semoga Umat Islam di dunia ini berada dalam penuh kesejahteraan dan selamat dari tipu daya yahudi.

Wednesday 20 June 2012

Roti Canai Najwa Latif

Pelanggan : Mamak Roti Canai Najwa Latif satu. ..

Mamak : Roti apa ??

Pelanggan : Kosong . . Kosong. .

Mamak : Untuk sapa?

Pelanggan : Untuk dia heyy. . Untuk dia heyy

*huhuhuhu.. jom layan lagu Najwa Latif feet Sleeq


Untuk Dia
[Sleeq]
Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Dia penuh gaya, semuapun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila
Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Engkau Punya Gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja
Bertemu di MukaBuku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu
Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya

[Sleeq]
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku

Monday 18 June 2012

Panas Baran

Setiap manusia dilahirkan dengan sifat peribadi yang berbeza antara satu sama lain. Ada yang lemah lembut, tegas, pemaaf dan sebagainya.

Entri kali ini saya ingin menyentuh berkenaan sifat PANAS BARAN.

Kita sering mendengar disebabkan sifat PANAS BARAN ini banyak kes penderaan terutamanya terjadi dikalangan wanita, kanak-kanak malah kepada ibubapa sendiri. Ada kes sehingga mangsa maut dipukul disebabkan suspek itu seperti dirasuk dan tidak dapat mengawal sifat PANAS BARAN tersebut.


Jangan ingat lelaki sahaja ada sifat ini, perempuan juga ada yang mempunyai sifat ini. Jadi mari kita rungkai kenalpasti mereka yang mempunyai sifat ini dan cara mengatasinya.

Panas baran @ ‘ kepala angin ‘ @ ‘ naik hantu ‘ yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah.
Pertama – Mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.

Adakah sikap panas baran ini berpunca daripada tahap perkembangan didikan daripada ibu- bapa di rumah?

Panas baran wujud disebabkan kegagalan seseorang itu mengawal emosinya ketika emosinya itu terganggu. Biasanya wujud faktor-faktor yang menjadi pencetus atau dipanggil pemicu (trigger) kepada timbulnya perasaan marah ini. Faktor yang menjadi penyebab perasaan marah itu berbeza-beza bagi setiap orang dan ia bergantung kepada faktor sekeliling , pengalaman dan sejarah seseorang itu dibesarkan. Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran.

Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?
Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.

Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?
Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, itu tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah.

Berikut adalah antara faktor yang menjadi punca timbulnya sikap panas baran itu .
  • Seseorang itu dibesarkan oleh ibu atau bapa yang kuat marah. Kesannya sikap marah ini dipelajari olehnya sejak kecil dan mula diwarisi.
  • Mengikut pengalamannnya, apabila dia marah maka dia memperolehi apa yang dihajatnya atau orang lain akan tunduk dan ikut kata-katanya. Ganjaran sebegini membuatkan minda bawah sedarnya percaya bahawa dengan panas baran maka matlamatnya boleh tercapai. Tanpa disedari ia menjadi satu habit yang sukar untuk di buang.
  • Panas baran adalah satu sikap mazmumah yang ada dalam diri dan merupakan pintu masuk syaitan. Apabila dituruti perasaan baran ini seseorang itu boleh menyesali setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukannya ketika dibawah perasaan negatif ini.
  • Disebabkan oleh sifat ego yang terlalu tinggi dan merasakan bahawa dirinya sahaja yang betul berbanding dengan orang lain.
  • Apabila cakapnya tidak didengar atau nasihat tidak diendahkan, sedangkan padanya apa yang disampaikannya itu penting.
  • Apabila dirasakan haknya diambil, dirampas atau dicabul.
  • Apabila seseorang itu merasakan kuasa dan kedudukannya tidak dihormati dan setiap arahan yang diberikan tidak dipatuhi dan dilaksanakan.
  • Faktor usia yang muda juga ada kaitannya dengan panas baran. Usia yang muda juga biasanya bermakna kurang pengalaman hidup iaitu sukar membuat pertimbangan, kurang peka terhadap perasaan orang lain dan mudah ikut hati dan perasaan.
Yang dikatakan panas baran itu adalah apabila seseorang itu mudah rasa marah dan berulang kali pula melakukan perkara tersebut. Kadang kala perkara kecil juga boleh menimbulkan kemarahan pada kadar yang tidak sepatutnya. Tetapi sebaliknya jika marah itu berlaku sesekali dan bertempat, maka itu bukanlah dikatakan panas baran.

Adakah ia berkaitan dengan keturunan atau penyakit jiwa?
Kalau sekadar marah semua orang memilikinya dan pernah melaluinya. Tetapi kalau kadar kemarahan itu kerap dan terlalu mudah hilang kawalan, bermakna ia adalah masalah jiwa yang perlu dirawat. Ada juga berpunca dari kesan penderaan emosi sewaktu kecilnya lalu menjadi trauma. Pengalaman negatif ini tertanam dalam minda bawah sedar dan meletus apabila ada faktor yang seumpama dengan nya berlaku. Malah ada ketikanya sifat marah yang terpendam ini bertukar menjadi amuk.

Tidak dinafikan masyarakat Melayu terutamanya wujudnya saka. Saka adalah merujuk kepada jin yang diwarisi oleh sesuatu keturunan bermula dari nenek moyang kita dahulu hingga kini. Meski pun generasi hari ini tidak percaya akan wujudnya saka, namun realitinya perjanjian telahpun di buat antara nenek moyang mereka dengan mahluk halus ini mengikut perjanjian tertentu. Apabila perjanjian dimungkiri maka anak cuculah yang menjadi mangsa dan pelbagai masalah yang pelik berlaku. Ini boleh juga menjadi penyebab terdorongnya rasa baran yang melampau. Sebab itulah sejarah keluarga perlu dikaji dan kaedah terapi Al-Quran serta rawatan Islam perlu digunakan.

Tanda-tanda seseorang itu panas baran?
Tanda-tanda seseorang itu panas baran ialah apabila dia dengan mudah hilang kawalan sama ada melalui mimik muka, perkataan atau dengan tindakan. Ada ketikanya perkara yang dia hilang kawalan diri merupakan perkara yang kecil dijadikan besar dan kemarahan yang dilontarkan itu melampaui had maka itu tandanya seseorang itu ada sikap panas baran.

Kesan buruk panas baran?
Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain.

Langkah terbaik menangani sifat panas baran?
Kita boleh cuba memberikah sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan. Kepada remaja yang mudah memberontak , perlulah belajar untuk menjadi masyarakat yang bertemadun – mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili temadun itu sendiri.

Punca Panas baran – Perilaku agresif, Gejala Sosial, Emosi, Masalah kewangan/keluarga, Ego, Tekanan perasaan, Faktor didikan, Bebanan kerja, Faktor persekitaran.

10 Risiko Individu Panas Baran – Dipulaukan masyarakat sekeliling, Jiwa kosong (murung), Hilang pekerjaan/Jawatan, Penceraian, Kemalangan, Pergaduhan, Kesalahan jenayah, Melakukan penderaan, Tekanan perasaan, Penyakit kronik (darah tinggi, migrain).

Bagaimana tangani sikap panas baran?
Berikut ada beberapa tip untuk tangani sikap panas baran.
  • Panas baran datangnya dari api yang meluap-luap dari dalam. Oleh itu ambillah segelas air sejuk lalu minum.
  • Ambil wuduk dan jika berpeluang terus dirikan solat sunat dua rakaat. Ubah posisi atau kedudukan. Kalau kita sedang marah ketika berdiri maka duduklah. Kalau sedang duduk maka berdirilah. Perubahan posisi ini dapat membantu meredakan perasaan. Rasulullah SAW bersabda “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak , maka hendaklah ia berbaring” (Riwayat Muslim)
  • Beristighfar dan berselawat banyak-banyak.
  • Banyakkan membaca buku-buku motivasi .
  • Kenali diri sendiri dan ketahui faktor-faktor yang boleh menjadi pemicu kepada sikap panas baran itu. Cuba untuk berada dalam kawalan setiap kali faktor tersebut wujud.
  • Ingatkan diri sendiri bahawa apa yang dilakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku ke atas diri kita sendiri pula. Ia adalah hukum Karma yang kita tidak dapat lari darinya.
  • Sedar apa yang ada dalam kawalan kita dan apa pula yang tidak. Jika sesuatu itu bukan dalam kawalan kita, maka marah tidak akan mengubah apa-apa. Sebaliknya ia sekadar membawa penat dan meningkatkan rasa stress yang diakhirnya memudaratkan diri sendiri.
  • Jika sikap panas baran itu sukar dikawal maka perlu temui Kunselor atau pakar psikatri sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.
  • Sentiasa berfikiran positif dan katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmah dan kebaikannya. Fokus kepada hikmah. Misalnya, jika seseorang itu memotong barisan kenderaan dalam kesesakan trafik, kita katakan pada diri “Oh, orang itu mungkin tergesa-gesa mahu ke tandas” , atau, “Oh, mungkin anaknya sakit dan memerlukan dia sampai cepat dan satu hari aku pun mungkin terpaksa lakukan perkara yang sama jika sudah terpaksa”. Dengan cara ini kita telah berjaya alihkan fokus minda dari tertumpu kepada sesuatu yang boleh mencetuskan perasaan baran.
  • Tinggalkan tempat berlakunya kemarahan tersebut dan pergi ke tempat lain. Lagi lama kita berada disitu lagi tertekan rasanya hati. Ketika sudah berada jauh dari situ, tarik nafas dalam-dalam . Otak ketika marah kekurangan oksigen. Oleh itu pejamkan mata lalu tarik nafas perlahan-lahan dalam kiraan 7 dan rasakan udara sejuk masuk melalui hidung . Lepaskan nafas juga melalui hidung dalam kiraan 7. Rasakan udara panas yang melalui rongga hingga dihembus keluar. Katakan pada diri secara positif , “ Kini aku seorang yang sabar dan tenang serta mampu mengawal diri”.
  • Mereka yang panas baran perlu banyak riadah sebab badan yang cergas membantu akal untuk mengawal emosi.
  • Jaga pemakanan, elakkan dari banyak memakan daging merah. Sebaiknya lebihkan memakan sayur dan buah-buahan.
Apakah bentuk bantuan yang boleh masyarakat atau orang sekeliling berikan kepada seorang panasbaran?.
  • Jangan tambah lagi kemarahan seseorang itu hingga boleh membawa kemudaratan kepada dirinya atau orang sekeliling.
  • Faham faktor-faktor yang menjadi pemicu baginya dan cuba untuk tidak memulakannya.
  • Sabar dengan mereka yang panas baran , cuba bercakap dengannya dalam nada yang perlahan lagi lembut.
  • Ajar dia beristighfar dan menarik nafas dalam-dalam.
  • Berikan dia segelas air sejuk.
  • Usah berada disitu, biarkan dia sendiri buat sementera. Mungkin dia perlukan masa dan ruang untuk kembali rasional.
  • Wujudkan kumpulan sokongan yang membolehkan mereka yang mempunyai sikap panas baran ini berkumpul berbincang dan meluahkan isi hati. Ada ketikanya menyedari bahawa masalah ini bukan masalah kita seorang banyak membantu kita untuk menerima hakikat dan berusaha memperbaiki diri.
Kesimpulannya
Allah mencipta manusia ini sebagai sebaik-baik kejadian dan sebagai khalifah di muka bumi. Oleh itu setiap bentuk emosi yang dianugerahkan oleh Allah itu adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Begitulah juga dengan sikap marah. Jika seseorang itu marah kerana nafsu maka ia akan membawa kepada keburukan sebaliknya jika marahnya itu kerana Allah maka ia akan membawa kepada kebaikan dan kemuliaan. Hidup ini perlu banyak bersabar dan berlapang dada. Hanya dengan kesabaran sahajalah akan wujudnya kejayaan, kebahagiaan dan kemakmuran.

Wednesday 6 June 2012

Matrix Allah

 
Dalam kehidupan sehari-hari, kita melalui dan menempuhi pelbagai situasi dan keadaan. Banyak benda yang kita lihat, kita jumpa, sentuh, rasa dan lain-lain.

Ingin saya timbulkan satu persoalan. Adakah kehidupan yang kita lalui ini adalah sesuatu yang nyata atau hanya sekadar ilusi? Bagi sesetengah orang, ini mungkin persoalan yang sudah basi dan berulat. Dah lapok ditelan zaman. Harun Yahya sendiri telah menulis beberapa buah buku berkaitan tajuk ini sahaja. Filem-filem Hollywood seperti The Matrix, telah lama cuba menyingkap persoalan ini. Blog-blog di alam maya juga tidak terlepas daripada membicarakan tentang hal ini. Tetapi saya percaya, masih ada ramai lagi yang masih berminat untuk belajar dan memahami tentang hakikat dunia ini.
 
Hakikat jisim.

Segala apa yang kita ada, yang kita lihat termasuk diri kita. Apakah semua itu? Kereta, pokok, air, tanah, api dan segala benda yang berjisim di alam semesta ini. Adakah semua ini wujud? Adakah komputer yang anda sedang tatap ini dan keyboard yang anda sedang sentuh ini benar-benar wujud atau sekadar imaginasi anda?

Apakah jisim? Untuk lebih memahami tentang hakikat "benda", marilah kita renung sebuah kisah daripada Al-Quran.

Kisah ini mengenai Nabi Adam, ketika mana Allah baru menjadikan beliau, Allah telah mengajar kepada Nabi Adam tentang nama-nama benda di dunia. Cuba kita perhatikan kembali kisah tersebut dalam Al-Quran. Allah telah menggunakan perkataan "asmaa' " yang bermaksud "nama". Allah telah mengajarkan kepada Nabi Adam bahawa yang ini namanya pokok, yang ini pula namanya sungai dan lain-lain.


Apa maksudnya? Maksudnya, di dunia ni, pokok tak wujud, tetapi yang wujud hanyalah sesuatu yang bernama "pokok". Kat dunia ni, air tak wujud, tetapi yang wujud adalah sesuatu yang bernama air. Kat dunia ni tak wujud pun tanah, tetapi yang wujud adalah sesuatu yang bernama tanah.

Kita amek contoh yang lebih mudah.
Jika anda lihat sebuha gambar pokok dalam sebuah komputer. Ya anda lihat sebuah pokok dalam komputer tu. Ya, kita boleh panggil dia pokok. Tapi adakah ia benar-benar pokok? Tidak, ia hanya sesuatu yang bernama pokok. Dan jika anda perhatikan betul-betul sesuatu yang bernama "pokok" dalam komputer tersebut, anda akan nampak pecahan-pecahan piksel.
 
Gabungan-gabungan 3 warna asas, Merah, Hijau, Biru telah menghasilkan imej-imej pelbagai warna yang menyebabkan kita nampak pokok itu kelihatan seperti pokok sebenar.

Baiklah. Sekarang anda telah faham bahawa sesuatu yang bernama "pokok" yang bernama pokok yang berada dalam skrin komputer itu, hakikatnya adalah pecahan-pecahan piksel.

Sekarang mari kita lihat sesuatu yang bernama "pokok" yang berada di sekeliling anda. Adakah sesuatu yang bernama "pokok" itu benar-benar wujud? Perhatikan betul-betul. Dan hakikatnya, anda akan sedar bahawa sesuatu yang bernama "pokok" itu bukanlah pokok yang sebenar, tetapi hakikatnya adalah atom-atom yang tersusun yang membentuknya.
 
Ya. Pokok yang sebenar tidak wujud di alam ini. Begitu juga dengan semua yang ada dalam alam ini. Semuanya adalah atom-atom yang tersusun rapi membentuk sesuatu yang kelihatan seperti "pokok", sebagaimana piksel-piksel dalam skrin komputer tadi berjaya membentuk imej pokok.
 
Dan atom-atom jika dilihat dengan lebih mendalam lagi, kita akan dapati sebenarnya apa yang membentuk alam ini hanyalah himpunan tenaga-tenaga. Tenaga-tenaga inilah yang menyempurnakan permainan ilusi ini menyebabkan kita lihat sesuatu yang bernama "pokok" sebagai pokok yang betul.

Tapi ada orang kata,"pokok yang dalam komputer tu memang tak wujud sebab kita tak boleh sentuh. Tapi pokok yang ada di alam nyata ni kita boleh sentuh".

Fattah: "Memangla boleh sentuh sebab kita berada dalam dimensi yang sama dengan sesuatu yang bernama pokok tu".

Betul tak? Untuk memahami dengan lebih mudah lagi, perhatikan sebuah game komputer.
 
Ini adalah screenshot daripada game Tarzan. Siapa kata pokok dalam game tak boleh dipegang? Lihat sajalah Tarzan bergayut pada pokok dalam game tu.

Apa maknanya? Kenapa? Kerana Tarzan itu berada dalam dimensi yang sama dengan pokok tersebut. Sama seperti sesuatu yang bernama "pokok" yang anda kata boleh sentuh itu. "Pokok" itu boleh disentuh oleh kita kerana kita berada dalam dimensi yang sama dengan "pokok" tersebut, sebagaimana pokok dalam game yang boleh disentuh oleh watak-watak dalam game.

Dan "pokok" hanyalah salah satu contoh bagi sesuatu jisim dalam alam ini. Kerana itulah Allah telah menyatakan kepada manusia bahawa dunia ini tidak mempunyai nilai langsung sebenarnya kerana segala apa yang ada dalam dunia ini hanyalah ilusi dan tidak wujud!
 
Sepinggan nasi ayam tidak pernah wujud di alam ini. Yang ada hanyalah tenaga-tenaga yang membentuk sesuatu yang kelihatan seperti nasi ayam. Tenaga-tenaga tersebut telah memberi maklumat kepada otak kita menerusi mata bahawa nasi ayam itu berwarna kuning, mempunyai seketul ayam dan sayur-sayur. Tenaga-tenaga itu juga telah memberi maklumat kepada otak kita menerusi jari-jemari kita bahawa nasi ayam itu dapat dipegang, panas dan berminyak. Tenaga-tenaga tersebut juga telah memberi maklumat kepada otak kita menerusi lidah kita bahawa nasi ayam itu sedap.
 
Hakikatnya, di hadapan kita tiada apa-apa pun. Kita berada di dalam sebuah dimensi yang begitu hebat, sehingga kita menyangka segala apa yang ada di sekeliling kita benar-benar wujud. Subhanallah.

Satu lagi analogi mudah. Pernahkah anda bermimpi? Ya, sudah tentu. Apa yang anda jumpa dalam mimpi? Anda lihat kereta, manusia, kekasih anda, pokok, bumi tempat anda berpijak dan macam-macam lagi. Anda dapat sentuh benda-benda dalam mimpi anda bukan? Anda dapat pijak dan berdiri tegak si atas tanah di dalam mimpi tersebut. Tetapi adakah watak-watak dalam mimpi anda itu wujud? Tidak. TIdak wujud sama sekali walaupun anda dapat pegang, lihat dan rasa benda tersebut. Apabila anda terjaga dari tidur, semua itu telah hilang. Jika anda bermimpi dikejar raksasa, raksasa akan hilang apabila anda terjaga. Dan sebenarnya raksasa itu bukanlah hilang tetapi raksasa itu tidak pernah wujud langsung! Yang ada hanyalah dalam minda anda sahaja.
 
Samalah juga dengan dunia ini. Apabila anda telah meninggal dunia, barulah anda sedar bahawa segala yang ada dalam dunia ini hanyalah ilusi semata-mata. Tidak pernah wujud pun. Mati itu sebenarnya adalah sama seperti anda baru bangun tidur. Jika anda berasa tertipu dengan mimpi setelah bangun tidur, anda juga akan berasa tertipu juga dengan dunia ini apabila anda meninggal dunia ini. Segala apa yang anda kejar dalam dunia ini akan hilang bagai segala apa yang anda buat dalam mimpi anda.
 
Insaflah
 
---------------------------------------------------------------------------------
Baiklah tadi berkaitan tentang segala yang berada di dunia ini tidak wujud.
 
Masa

Pakar motivasi selalu bercakap mengenai masa. Tahukah mereka apa itu masa? Cubalah anda cari apa itu masa. Anda akan menemui bermacam-macam jawapan yang akhirnya anda akan menyedari bahawa bukanlah "masa itu emas" juga bukan "masa itu kehidupan" tetapi yang anda akan jumpa ialah "masa itu tidak wujud".

Apa sebenarnya masa? Mungkin ahli fizik akan berkata bahawa masa adalah tempoh untuk mengukur sesuatu jarak perbezaan waktu. Itu kata ahli fizik, dan insya Allah saya akan buat satu posting lepas ni yang membongkarkan bahawa sains tidak membawa kita maju tetapi sebaliknya sains lah yang telah menyebabkan manusia mundur jauh ke belakang!
 
Apa sebenarnya masa? Jika ingin diterangkan untuk kefahaman anda mungkin agak payah. Tetapi secara mudahnya, boleh lah dirumuskan bahawa masa itu tidak wujud.

Jika anda faham hakikat masa sebagaimana yang anda faham sekarang, anda akan menjadi lagi pening.

Mari kita lihat satu contoh. Juga berkaitan dengan mimpi. Pernahkah kadang-kadang kita tidur hanya beberapa minit, tetapi kita mimpi mengenai satu perjalanan yang begitu panjang, seolah-olah ianya memakan masa sehari?

Jika anda tidur pada waktu malam, mungkin anda hanya tidur sekitar 6-7 jam. Tetapi pernahkah anda terfikir kenapa mimpi anda itu seolah-olah anda sedang hidup dalam mimpi selama 2-3 hari? Mungkin pada suatu waktu yang lain, anda hanya tidur setengah jam, tetapi anda boleh bermimpi dikejar raksasa selama berjam-jam.
 
Bagaimana boleh jadi begitu?

Kerana, tiada yang pelik mengenai masa, kerana masa hanyalah sebuah pemahaman. Jika anda faham silap, maka dengan itulah anda akan menjadi pelik.

Seorang sahabat pernah bertanya kepada saya, bolehkah kita mengundurkan masa?

Mungkin dia mengharapkan saya kata "boleh" kerana dengan saya pernah berkata, dengan menggunakan kuasa minda, kita boleh melawan segala hukum fizik yang telah memperbodohkan kita.

Tetapi ingin saya tegaskan di sini, "masa tidak boleh diundurkan". Anda boleh kaji filem "Matrix" jika anda ingin memahami tentang hakikat sebenar dunia ini. Dalam filem tersebut, watak-watak tersebut dikatakan mampu memahami hakikat sebenar dunia ini dan boleh memanipulasinya. Ada yang boleh terbang melawan graviti, menjadi kuat, lompat tinggi dan lain-lain yang telah mengenepikan hukum fizik. Tetapi ada tak babak dalam filem tersebut yang menunjukkan mereka memanipulasi masa?

Tidak. Kerana.............. masa tidak boleh dimanipulasi. Masa tidak boleh dipendekkan atau dilambatkan. Masa tidak boleh dikebelakangkan dan tidak boleh dikehadapankan. Kerana anda tidak faham mengenai hakikat masa, kerana itu anda selalu terfikir, bolehkah masa dimanipulasi.

Pernahkah Allah memanipulasi masa? Tidak.

Salah satu firman ALlah ada menyebutkan bahawa ajal maut tidak boleh dilambatkan atau dicepatkan. Faham ayat ini?

Hmmm, kita pergi kepada contoh ayat lain. Kita lihat bagaimana Allah menceritakan tentang Ashabul Kahfi, kisah tujuh pemuda yang ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua.

Pernahkah anda berfikir, kenapa Allah tidurkan pemuda itu di dalam gua sebegitu lama? Kenapa Allah tidak hantarkan sahaja mereka itu terus ke masa hadapan?
 
Jawapannya ada pada firman Allah dalam surah Fatir yang menyebutkan bahawa"tidaklah sesekali kamu akan mendapati sebarang perubahan pada sunnatullah".

Ianya mengenai sunnatullah mengenai masa, bahawasanya masa itu tidak boleh diubah dan dimanipulasi sesuka hati kerana masa perlulah dibiarkan berjalan.

Satu lagi contoh dalam Al-Quran mengenai seorang lelaki dari bani Israel, Uzair (ada yang mengatakan beliau seorang Nabi) juga mengalami peristiwa yang sama. Beliau telah dimatikan kemudian dihidupkan semula sehingga dia melihat keldainya tadi telah tinggal rangka sahaja sedangkan sebelum dia dimatikan, keldainya masih sihat walafiat.

Anda faham tentang hakikat "masa" sekarang?
 
Anda dapat lihat daripada Al-Quran bagaimana jika Allah ingin menghantar seseorang ke masa hadapan, Allah tidak akan mempercepatkan masa, tetapi Allah akan matikannya terlebih dahulu kemudian dihidupkan kembali di masa hadapan. Dan untuk kembali ke masa silam, tidak pernah lagi berlaku dalam sejarah manusia dan sudah pastinya, kita tidak akan dapat kembali ke masa silam.

Lihat juga contoh kedatangan Nabi Isa yang sedang ditunggu-tunggu sekarang. Kenapa Nabi Isa perlu diangkat ke langit terlebih dahulu? Kenapa tidak dihantar terus ke masa hadapan? Ini kerana masa hadapan belum wujud. Dan kita sesekali tidak akan mampu melangkah masa kerana masa hadapan belum wujud. Sedangkan masa yang silam pula sudah pupus dan tidak akan wujud.

Kesimpulannya, apa itu masa? Tiada siapa pun sebenarnya dapat menerangkan apa itu masa. Dan surah Al-'Asr sekalipun, ada sebahagian tafsiran yang mengatakan bahawa Al-'Asr yang disebutkan dalam Al-Quran itu bukan lah merujuk kepada makna masa, tetapi waktu Asar. Ini kerana orang Arab Jahiliyah dahulu suka menggunakan waktu selepas asar mereka sebagai waktu untuk berborak-borak mengenai kehebatan diri sendiri yang akhirnya membawa kepada pergaduhan. Kerana itulah selepas itu mengatakan bahawa manusia itu dalam kerugian, kerana perbuatan orang Kafir Quraisy itu hanyalah sia-sia dan merugikan kerana hanya membawa kepada pergaduhan. Wallahu A'lam.

Apa itu masa? Wujud kah masa? Masa sebenarnya hanya satu tempoh, yang menjadikan perkara lain sebagai sandaran pengukurannya. Sebagai contoh, untuk melambangkan kepantasan sesuatu kejadian orang akan mengatakan "ianya berlaku sekelip mata". Ini menunjukkan bahawa sesuatu kejadian itu berlaku dalam satu tempoh yang menyamai kepantasan kelipan mata.
 
Sama juga seperti jika katakan "tempoh perjalanan dari Malaysia ke Amerika mengambil masa sehari untuk sampai". Maknanya kita mengatakan bahawa tempoh kita untuk sampai ke Amerika adalah sama dengan tempoh yang diambil untuk bumi melengkapkan satu putarannya.
 
Kerana itulah, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah, ketika dipenghujung kehidupan nanti, manusia akan merasakan bahawa mereka seolah-olah hanya hidup beberapa jam sahaja, sepanjang waktu isya atau sependek waktu dhuha.

Sebagaimana selepas kita terjaga dari mimpi, walaupun ketika berada di dalam mimpi kita berasa bahawa masanya bergerak begitu lama, tetapi apabila kita terjaga, kita akan rasa seolah-olah mimpi kita itu hanya beberapa saat!
 
---------------------------------------------------------------

Terima kasih kerana sudi membaca penerangan yang tak seberapa ini. Ada banyak lagi persoalan-persoalan yang saya tidak sempat sentuh, seperti persoalan takdir yang akan menghancurkan teori "probability" dalam matematik dan lain-lain.

Apa yang saya ingin tegaskan di sini, kehidupan di dunia ini hanyalah ilusi. Apa yang kita lihat, tidak wujud dan tidak pernah wujud pun, termasuklah tangan-tangan anda sendiri! Masa juga tidak wujud dan tidak pernah wujud.
 
Jika begitu, apakah yang benar-benar wujud? Inilah persoalan yang menyebabkan saintis-saintis menjadi gila memikirkannya. Syukurlah Allah telah memberikan jawapan kepada kita bahwa Allah lah sebenarnya yang benar-benar wujud. Allah juga telah memberitahu kita bahawa Syurga dan Neraka itulah yang benar-benar wujud. Pokok di syurga adalah pokok sebenar, sebaliknya pokok di dunia hanyalah hasil gabungan atom-atom kecil yang membentuk sesuatu yang bernama "pokok".
 
Kita telah diprogramkan oleh Allah supaya rasa apa yang kita rasa sekarang dan lihat apa yang kita lihat sekarang, walaupun hakikatnya benda yang kita lihat itu semua tidak wujud, sebagaimana Tarzan dalam game yang menyangka persekitaran dalam game itu benar-benar wujud.
 
Kita telah diprogramkan dengan sifat-sifat seperti berat, masa, warna, bunyi, keras, sejuk, sakit dan lain-lain sehingga kita tertipu dengan kesempurnaan ilusi ciptaan Allah.

Wallau A'lam..