Wednesday, 23 May 2012

Bayi Comel Ini Memerlukan Pertolongan

'Assalamualaikum.

Iskandar dilahirkan pada 16 Julai 2011. Dia anak comel, sihat dan suka tersenyum.

Pada Disember 2011, dia dimasukkan ke Wad Kanak Kanak di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor kerana jangkitan kuman di paru paru. Pada Mac 2012, Iskandar dimasukkan sekali lagi kerana demam kuat.

pada 3 Mei 2012, sewaktu pemeriksaan mingguan, dia diwadkan sekali lagi kerana pernafasan terlalu laju dan bibirnya menjadi kehitaman. Dia kemudian menjalani pelbagai ujian termasuk ECHO, dan CTScan, hasilnya jantung dan paru paru dia dapati baik. Ujian darah menunjukkan kandungan darah putih agak tinggi,dan ubat sepatutnya diberikan.

Doktor di Hospital Sultanah Aminah tidak dapat mengesahkan penyakit sebenar Iskandar dan meminta Doktor Asiah Kasim dari HKL untuk memeriksa Iskandar. Berikutan itu  pada 15 Mei 2012, Iskandar disahkan menghidap ILD, Interstitial Lung Disease. Rawatannya hanya boleh dilakukan di HKL, dan Doktor Asiah telah memberi kami masa untuk berfikir. pada 17hb, saya dan isteri telah bersetuju menghantar Iskandar ke HKL untuk mendapatkan rawatan.

Sejak 15 Mei 2012, ubat dan antibiotik Iskandar telah diberhentikan dan Iskandar hanya diberikan ubat demam dan bantuan Nebulizer setiap 6 jam.

Pada 18 Mei 2012, Iskandar dimasukkan ke ICU kerana paru parunya gagal berfungsi dan bergantung kepada mesin pernafasan. Apabila soalan diajukan, doktor mengatakan keadaannya stabil.

Setiap hari kami bertanya, bilakah mahu menghantar Iskandar ke HKL? Tetapi jawapannya masih tidak tahu kerana memerlukan ambulan dilengkapi katil ICU dan pihak HKL juga perlu menyediakan bilik rawatan ICU untuk Iskandar.

Sehingga ke hari ini, oksigen Iskandar telah dinaikkan ke 70% dan jawapan sama masih lagi dikeluarkan oleh doktor.

"Iskandar tidak stabil dan memerlukan ambulan yang lengkap untuk ke HK"

Kami kecewa dan terus kecewa.

Jadi kami meminta bantuan kalian, rakan rakan supaya dipanjangkan makluman ini kepada pihak  bertanggungjawab supaya dapat membantu Iskandar supaya lebih cepat mendapat rawatan.

Panjangkan kepada HKL,  KKM, malah kepada PM sendiri kalau boleh.

Dapat dipanjangkan kepada Bro Mazidul atau sesiapa yang boleh mengetengahkan isu ini kepada pihak lebih bertanggungjawab.

Kami sayang anak kami, dan kami mahu dia senyum kembali.

Saya boleh dihubungi di talian 0197419790 dan isteri saya 012-4833462'

Cerita Selanjutnya Boleh Dibaca Disini

MINTA SHARE

Amalan Protokol DIRAJA

Kadang-kadang jika dilihat di televisyen ketika upacara penyampaian hadiah contohnya Penyampaian Piala kepada pasukan yang menang oleh Yang Dipertuan Agong (YDPA) atau Sultan sesebuah negeri, pemain-pemain tersebut seperti tidak mengetahui cara bagaimana untuk menyembah dan cara bersalaman dengan YDPA atau Sultan. Mungkin sesetengah orang berpandangan perkara seperti ini adalah remeh. Tetapi cuba kita bayangkan pandangan orang luar jika mengetahui yang menyampaikan piala itu adalah pemimpin tertinggi negara dan pemain-pemain itu sambil lewa sahaja menunjukkan rasa hormat maka persepsi ini akan menjatuhkan imej Diraja Malaysia.

Oleh yang demikian pada entry kali ini sama-sama kita kongsi Amalan Protokol DiRaja.

ADAT TERTIB MENGADAP

Awam 
Berdiri tegak , kaki kanan dan kiri dirapatkan.
Luruskan kedua-dua tangan , beri sembah hormat (menjunjung duli) / menundukkan kepala.
Jangan terlalu tunduk seolah-olah membongkok yang menyerupai adat hormat masyarakat Jepun
Jarak dengan baginda Tuanku tidak terlalu rapat atau terlalu jauh (2 hingga 3 kaki).
Ketika bersalaman - hendaklah tunduk hormat/mencium tangan

Pegawai Pakaian Seragam
Hendaklah memberi "Tabik Hormat".
Jika berdiri jauh, perlu "Tabik Hormat" dahulu sebelum berjalan menghampiri baginda.

ADAT  TERTIB HORMAT KETIKA SPB TUANKU BERDUA BERSEMAYAM (DUDUK)

Berdiri tegak - kaki kanan dan kiri dirapatkan.
Luruskan kedua-dua tangan - beri sembah hormat (menjunjung duli) / menundukkan kepala.
Kemudian menghampiri baginda, berlutut dan mencium tangan baginda.
Selepas itu berundur kira-kira tiga tapak, beri sembah hormat (Menjunjung Duli) / menundukkan kepala sekali lagi sebelum berpusing.


ADAT TERTIB KETIKA MENGIRING SPB TUANKU BERDUA
Apabila anda mengiring kebawah Duli Tuanku, anda hendaklah berjalan di belakang sedikit daripada Tuanku dan tidak sekali-kali seiring dengan Baginda (disebelah kanan atau sebelah kiri).
Apabila terpaksa berlalu di hadapan Tuanku, anda hendaklah hormat takzim / tunduk hormat sambil berkata "Patik mohon lalu Tuanku.
Apabila Tuanku berangkat lalu di hadapan anda, anda hendaklah memberi hormat takzim / tunduk hormat (bagi lelaki) dan hormat penuh takzim (Curtsey)  bagi wanita.
Jika Baginda berangkat lalu di belakang anda, anda hendaklah berpusing menghadap KeBawah Duli Tuanku dan memberikan hormat takzim / tunduk hormat / hormat penuh takzim.
Apabila anda berdiri di hadapan dengan Baginda, elakkan dari berpeluk tubuh, bercekak pinggang, menyeluk saku atau bersilang tangan belakang.
Bagi wanita yang menjadi pengiring, elakkan dari membawa tas tangan yang bergantung di bahu.


ADAT TERTIB MENYEMBAH SEMBAHAN KETIKA SPB TUANKU BERSEMAYAM (DUDUK)
Beri hormat takzim/menundukkan kepala - mara ke hadapan anggaran tiga langkah atau sehingga berhadapan
Menghadap atau di sebelah kiri/kanan tertakluk kepada keadaan tempat Baginda bersemayam
Beri hormat takzim - kendurkan kaki hingga hampir berlutut dengan lutut kiri mencecah lantai dan sembahkan persembahan itu.
Jika Tuanku menghulurkan tangan, sambut serta cium tangan Baginda.
Kemudian bangun dan berdiri sebentar, beri hormat takzim.
Undur tiga tapak ke belakang baru duduk semula ke tempat asal atau berpusing dan berjalan balik ke tempat asal, tertakluk kepada keadaan.


ADAT TERTIB KETIKA MENYEMBAH SEMBAHAN
Sediakan dulang yang beralaskan kain berwarna kuning.
Beri hormat takzim/menundukkan kepala - mara ke hadapan anggaran tiga langkah atau sehingga berhadapan
Sembahkan sembahan itu dengan menghulurkan dulang.
Jangan mengangkat barangan di atas dulang semasa menyembahkan sembahan kepada Baginda.
Apabila selesai, berdiri tegak sebentar dan beri hormat takzim sekali lagi.
Jika Tuanku menghulurkan tangan untuk bersalam, hendaklah beri hormat takzim sambil mencium tangan Baginda.
Undur tiga tapak ke belakang. Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing dan kembali ke tempat asal.


ADAT TERTIB KETIKA SPB TUANKU BERANGKAT LALU DIHADAPAN/ BELAKANG
Jika Tuanku berangkat lalu di hadapan atau di belakang, di tepi atau di sebelah,adalah takzim dan santun
jika bangun berdiri menghadap atau berpusing menghadap baginda dan menjunjung duli/tundukkan kepala sebagai tanda hormat.
Apabila Tuanku bangun dari tempat bersemayam, para hadirin perlulah juga berdiri sebagai tanda hormat.


ADAT TERTIB DALAM MAJLIS MAKAN
Jangan memulakan makan sebelum Tuanku santap.
Jauhkan dari menganga besar apabila menyuap makanan.
Apabila mengunyah mulut hendaklah ditutup.
Jangan bercakap dengan mulut penuh makanan.
Tentukan penggunaan alat-alat memakan digunakan dengan betul dan jangan sampai berbunyi bising
Sisa-sisa makanan tidak dibiarkan atas alas meja.
Selepas habis makan, alatan memakan hendaklah disusun rapat dan tidak dibiarkan berselerak.
Elakkan mengorek gigi dengan jari, gunakan napkin untuk menutup mulut apabila mengeluarkan makanan terselit di gigi itu.
Ketika batuk atau bersin, mulut hendaklah ditutup dengan napkin.
Elakkan dari menguap atau sendawa kekenyangan kuat-kuat.
Jangan mengorek telinga, menggaru-garu badan, menggeliat, mematahkan jari tangan dalam majlis jamuan.
Jauhkan dari mengangkat dagu atau meletak kedua belah siku di atas meja.
Apabila duduk di meja makan, bagi wanita, tas tangan hendaklah digantung di sebelah kanan dengan menggunakan "handbag holder" -
tidak sekali-kali diletak atas meja makan walaupun tas tangan tersebut kecil.


ADAT TERTIB DUDUK DALAM MAJLIS
Duduk dengan penuh adab sopan
Tidak duduk "bersila panggung " atau mengangkat kaki atas kaki atau lutut (Bersilang Kaki).
Tidak menghalakan tapak kaki ke hadapan Baginda @ berlunjur/bersilang kaki
Ketika majlis santapan,duduk dengan tertib.
Kedua-dua tangan hendaklah diletak di atas peha dan tidak berpeluk tubuh.
Siku tidak diletak di atas meja dan jika terpaksa meletak tangan di atas meja, letakkan tangan setakat pergelangan tangan di atas meja
Mendagu tidak dibenarkan.
Apabila duduk, elakkan dari duduk bersandar seolah-olah badan hendak menggelungsur turun.
Dalam majlis rasmi, elakkan dari berbual-berbual sesama sendiri sehingga lupa bahawa Tuanku di hadapan.
Jika perlu berbincang, bicaralah dengan perlahan dan tertib.


ADAT TERTIB BERTUTUR
Apabila baginda Tuanku berkenan bertitah, anda hendaklah menjawab, "Tuanku" setiap kali bersetuju iaitu menggantikan "Ya".
Gunakan "Ampun Tuanku" atau "Tuanku" di pangkal atau di penghujung ayat semasa bertutur menghadap Tuanku.
Jika bercakap tentang baginda berdua, hendaklah menggunakan "Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Permaisuri Agong".   
Jauhkan dari menggunakan sebutan pendek dan ringkas.
Apabila Tuanku menunjukkan dengan jari telunjuk dan sebagainya, jangan meniru perbuatan yang sama.
tetapi hendaklah menunjukkan sesuatu itu dengan "ibu jari" sambil mengenggam jari-jari yang lain dan gunakan "Ampun Tuanku atau Tuanku".


Semoga panduan ini dapat dijadikan panduan kepada kita semua.

DAULAT TUANKU

Sumber : Istana Negara

Monday, 21 May 2012

Gurauan Bodoh Bawa Padah


Haduiiii tak tahu la nak kata apa ngan pasangan seperti video di atas ini. . kalau nak bergurau dengan anak pun janganlah sampai membahayakan nyawa anak itu sendiri. .

Dikhabarkan anak pasangan tersebut terselamat dan hanya mengalami luka-luka ringan. Walau pun luka ringan tetapi ianya mungkin menjejaskan emosi kepada kanak-kanak tersebut dan berkemungkinan kanak-kanak tersebut akan mengalami fobia dengan mesin dobi sepanjang hidupnya. Kejadian berlaku di Amerika Syarikat.

KESIAN ATAS KEJAHILAN IBUBAPA TERSEBUT ANAK MENJADI MANGSA....... 

Permainan Kesihatan

Berikut adalah permainan yang berkaitan kesihatan yang boleh dimainkan secara online di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya boleh digunakan untuk tujuan pendidikan disemua peringkat umur.

Sangat menarik dan boleh dibanggakan. Sesiapa berminat nak hilangkan stress bolehlah klik pada link di bawah ini :-

Permainan Kesihatan

Sunday, 20 May 2012

Adat Perkahwinan Di Malaysia

Hari ini kita bercerita sikit berkenaan adat perkahwinan masyarakat/bangsa yang ada di Malaysia. Kadang-kadang kita orang Malaysia yang hidup berbilang kaum tidak mengetahui adat atau pantang larang dalam sesebuah majlis perkahwinan bangsa lain. Jadi ikuti kupasannya.

Friday, 18 May 2012

13 Mei Versi 2.0

Siapa inginkan peristiwa seperti ini berlaku lagi di negara kita Malaysia yang tercinta ini. Dalam keadaan negara sekarang di mana kita dapat melihat orang melayu sendiri telah berpecah. Adakah perpecahan ini akan menyebabkan orang melayu semakin kuat. Relakah kita melihat negara diperintah oleh bangsa lain?

"Jadi kepada Melayu Melayu Bangsat tak sedar dek untung,tolong baca sejarah mengapa terjadinya 13Mei 1969 dan apa persamaan nya dengan apa yang korang nak lakukan kali ini dalam artikel aku sebelum ini.Korang jangan jadi kaldai bodoh dan diperalatkan oleh bangsa haramjadah ini.Ingat! yang akan turun kelak baik dipihak mana sekalipun adalah orang orang Melayu belaka.Apa Cina buat?Apa India buat?Pastinya bila korang bersedia untuk bertumpah darah sesama bangsa dan agama,mereka semua senang senang duduk dirumah menonton Astro.Cerdik tahap mana pemikiran korang semua ini?"

Wednesday, 16 May 2012

Diet Cara Atkins

Siapa yang inginkan bentuk badan di atas?? atau mungkin ramai yang mengidamkan bentuk badan seperti dibawah ini
Kadang-kadang pelbagai cara kita cuba samada bersenam, joging, pergi gim, makan supplement, ubat kurus dan sebagainya untuk menjaga dan menurunkan berat badan supaya kelihatan menawan walau menyarungkan apa saja pakaian.

Jika nak cuba makan/minum supplement sila KLIK SINI

Salah satu cara adalah dengan mengamalkan diet sihat iaitu cara pemakanan sihat yang mengikut jadual, mengetahui kalori makanan yang diambil dan berapa banyak perlu kita makan sesuatu makanan tersebut.

Kali ini saya ingin memberikan informasi berkenaan ATKINS DIET. Apa itu Atkins Diet??

Kemalangan Lancer Yang Menyayat Hati

Kisah gambar di atas terjadi pada 6 Mei 2012 yang lalu. 2 penumpang dewasa meninggal dunia dan seorang bayi cedera dikepala kerana tercampak keluar daripada kenderaan tersebut.

Berikut adalah kisah yang diperolehi yang dipetik daripada salah satu blog tempatan.

Kisah Tragis
Lebih kurang pukul 6 petang 6-may-12, aku masuk hiway Plus dari kuantan nak ke KL. Aku maintain crusing 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dah jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absober standard, rim dan tayar pun standard kilang.
Memandangkan speed dah 200km/j then aku follow je dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy pasal inspira tu rajin hi beam halau kereta ke tepi so aku kat belakang dia just follow je la. Time coner jalan tak rata aku nampak inspira tu body dah goyang tapi dia tetap maintain speed. Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku plan nak crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.
Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lenser 2.0 kat lane kanan dalam kelajuan 140km/j. Lancer tu taknak ketepi tapi terus tekan minyak dan inspira tu terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg berlainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lenser
aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Kalau ikut darah pahlawan time ni sedap potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik lagipun lately tak tau la aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw, hmmmm mungkin ada hikmah tu. so aku ikut je dari belakang.
Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pulak sebuah bas di belakang antara beberapa buah kereta yg bawak pada kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lenser dgn rapat dan aku makin menjarakkan sikit demi keselamatan.
Tetiba aku nampak inspira, lenser, bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau bilau. Terus aku nampak lenser tu melanggar pagar kiri hiway dan melintas depan keta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yg menghala ke terengganu.
Sewaktu Lancer tu diudara sebuah kereta di laluan sebelah betul2 berada dibawah lenser tu. Nasib kereta tu memang baik tapi bila lenser tu dah terempas ke laluan sebelah ada sebuah kereta lain terlanggar serpihan lenser tu lalu terbabas dan langgar pagar.
Kereta Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku pelahankan kereta untuk berenti aku perasan penumpang lenser yg duduk di depan dah kaku.
Sebaik je aku berenti aku terus berlari ke lenser tu untuk membantu. Aku antara org terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah hiway untuk ke laluan sebelah ada sorang brother yg berlari lebih awal bagi tau ada baby kat tengah jalan.
Ya Allah!!!!! menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak cam nak nangis nampak baby yg aku rasa baru beberapa bulan dah tercampak keluar dan ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus jerit kat brother tu suruh angkat je baby yg tengah menangis tu. Brother tu pun macam panik tapi aku jerit je suruh dia angkat baby tu.
Syukur kereta di laluan tu suma terus berenti. Aku terus pergi kat ke lenser tu dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang dah diam.
Aku nampak penumpang depan perempuan, masih dalam ber’seatbelt’ dan air bag dah kempis. Kepala penumpang tu dah tunduk kedepan tapi aku yakin tengkok patah pasal nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah tak bernyawa.
Aku periksa pemandu, lelaki, masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis. Pemandu tu pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher. Aku yakin dia pun dah tak bernyawa.
Aku terus pesan pada dua tiga orang yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan lenser tu untuk bukak jalan. Aku ternampak beberapa document peribadi mangsa atas jalan terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat.
Aku periksa baby tu pulak, dahi dia luka kena jalan. Nampak isi warna putih dan berdarah. Aku terus kumpulkan beg-beg yg tercampak keluar dan untuk carik beg baby lalu aku kumpulkan setempat. Alhamdulilah ada sorang pakcik dan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan baby tu. Aku keluarkan tuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia. Aku carik susu tapi dah takde dalam beg.
Aku selongkar beg mangsa untuk cek document yg mungkin boleh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya cuma document peribadi mangsa je dan takde no ahli keluarga mangsa.
Dalam masa 20 minit lepas kejadian tetiba ada pakcik tu ambih phone mangsa dan call ahli keluarga mangsa. Rupa-rupanya ada ahli keluarga mangsa ada convoi bersama mangsa hampir sampai ke tempat kejadian. Bila hali keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh ambik baby tu dulu dan hantar ke hospital.
Aku rasa macam nak ambik gambar mangsa tapi tak sampai hati. So aku ambik gambar kereta mangsa je dari depan.
Pastu dalam beberapa minit polis, bomba, ambulan pun sampai.
Aku kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang2 kali aku terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yg datang ambik baby tu.
Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata excident 200km/j. Dalam masa beberapa saat je 2 nyawa melayang, baby terpelanting keluar kereta dan baby yg tak tau apa-apa kehilangan ibubapa selamanya.
Aku teruskan perjalanan ke KL dgn kelajuan yg tak sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah troma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak berborak, radio pun tak on. Sampai tol gombak baru aku bukak radio dan cuba bercakap dgn wife aku untuk tenangkan dia.
Lancer crash at 200km/j. Dari laluan kuantan ke KL terpelanting ke laluan sebelah (KL ke Kuantan). minyak engine + coolen mengalir keluar.

JIKA INGIN LIHAT GAMBAR SILA KLIK SINI

mentolneon : Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Malang tidak berbau jadi hati-hati ketika memandu.

Tuesday, 15 May 2012

Upacara Memanaskan Injin


Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula gunapakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Bercakap Dengan Jin


Siapa pernah membaca buku ini sekitar tahun 1980an. . Aku masih ingat ketika masih kecil apabila balik kampung iaitu Kampung Sungai Bill di Perak aku diperkenalkan dengan buku tersebut. Walaupun ketika itu aku baru sekolah rendah tapi minat membaca buku-buku ber'genre' begini amat aku minati.

Tamar Jalis atau nama sebenar pengarangnya Mohd. Radzi Bin Mahmud mengadaptasikan buku ini berdasarkan rakaman percakapan dan pengalaman daripada datuknya sendiri. Buku ini mula dijual sekitar tahun 1981 hingga 2005. Namun demikian terdapat juga edisi cetak rompak untuk karya ini pada ketika itu.

Kini karya tersebut telah diangkat tarafnya menjadi salah satu Karya Kreatif Melayu Tersohor oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Perak. Melalui kajian yang dilakukan, karya ini didapati telah dijual melebihi sejuta naskah malah melebihi jualan buku-buku sasterawan negara yang ada di negara ini.

Bagi mereka yang masih meminati dan berhasrat untuk membaca karya boleh melawat laman sesawang berikut 'Bercakap Dengan Jin' KLIK SINI


Monday, 14 May 2012

Bedroom Sanctuary -Lagu -

 

Lagu yang sesuai ditujukan buat kekasih @ isteri . . tajuknya pun LAGU. . Lagu ni aku dengar masa aku gi kursus hari tu. Di mana rakan sekursus aku cuba meng'kenenkan' rakan kami dan lagu ini dijadikan lagu tema pasangan tersebut. . Diharapkan menjadi la hendaknye ye. . Insyaallah. .

Liriknya :

LAGU
Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu
Sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

Hari ku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu
Cintaku fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

Hukum Jenayah Islam

Sunday, 13 May 2012

Tips Membeli Kereta Second Hand

Siapa Boleh Siapa Tak

Kadang-kadang kita tak berapa jelas siapa kita boleh bersalaman dan siapa kita tak boleh salam. Sesetengah org bila kita hulur tangan untuk bersalaman terus disambut (lain jantina) dan ada sesetengah tu langsung tak sambut huluran salam tersebut (antara sedara mara).

Berikut panduan yang boleh kita rujuk bersama. . .

Saturday, 12 May 2012

Friday, 11 May 2012

GOUT

Pengenalan
  • Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
  • Kegemukan
  • Darah tinggi
  • Hiperlipidemia
  • Diabetes

Rawatan
  • Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
  • Rawatan serangan akut
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.
  • Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
    Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
    Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Rawatan Jangka Panjang
  • Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
    Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

Pemakanan
  • Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
    ELAKKAN MAKAN
    KURANGKAN MAKAN
  1. Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  2. Ikan bilis, kembung, sardin
  3. Daging cincang
  4. Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  5. Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  6. Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  7. Peanuts, lentil, beans and peas
  8. Poultry
  9. Roti jagung dan bijirin

Pencegahan
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
  • Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
  • Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
  • Minum banyak air

Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?

Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.


Adakah Gout Boleh Diwarisi?

Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.

.::Sekin info sihat untuk anda semua::.

Thursday, 10 May 2012

APA PENDAPAT ANDA

ermmmmm. . saya nk komen pon tak tau macam mana sebab saya ni pun tak berapa pandai dalam bab-bab ini. . Berita selanjutnya bolahla korang baca di KLIK SINI
adakah ianya sebab politik atau ke ikhlasan ???

Wednesday, 9 May 2012

KLIA DOWNTOWN SEAFOOD

Hari ini aku nak kongsikan restoran kepunya pak busu aku iaitu Prof. Abu Talib yang terletak di KLIA Downtown, Sepang. Ianya terletak berdekatan dengan Concorde Inn KLIA. Sebuah Restoran berkonsepkan masakan Chineese Muslim yang mana tukang masaknya didatangkan khas dari China. tapi jangan bimbang semuanya DITANGGUNG HALAL.

Restoranya agak luas, bersih dan kemas. Berhawa dingin di dalam dengan meja bulat, dan meja 4 segi di luar. Ada juga ruangan VIP bagi yang nak privacy. Selain makanan ala carte, ada juga set2 menarik yang boleh dipilih. Harga agak berpatutan sesuai dengan kesedapan rasanya.

Untuk preview daripada salah seorang pelanggan restoran tersebut boleh KLIK SINI

Saya mencadangkan anda semua berkunjung di sini dan mencuba pelbagai masakan chineese muslim yang ada. Alamatnya adalah seperti berikut : -

Downtown KLIA Seafood
No 40-48 BlockB Jalan KLIA 1/60
Chartefield Commercial Center
6400 KLIA
Tel: 603-87831031
Fax: 603-87831032
.::DATANG, JANGAN TAK DATANG TAU::.
.::SHARE PADA RAKAN-RAKAN::.




Tuesday, 8 May 2012

Hobi (RC Drift)




Cuba tengok video kat atas nie. . Rasa macam best kan?? Kalau nak tahu sebab video ni lah aku mula menceburkan diri dalam dunia RC (Remote Control) Drift Car atau Kereta kawalan jauh aksi 'drift'. . huhuhu. .

Segalanya bermula bila ada seorang rakan sekerja bernama ashraf semasa bekerja di MATRADE, Jalan Duta, Kuala Lumpur mula menunjukkan kereta-kereta kawalan jauh yang diiklankan di dalam mudah.com dan menunjukkan video-video RC Drift. Mula dari situ lah aku mula tertarik ingin mengetahui mengenai hobi ini.

Pada mulanya aku ingatkan hobi ni hanya untuk kanak-kanak sahaja. Tapi sebenarnya silap. Ini kerana secara logiknya harga RC Car ni yang orang kata beli boleh terus drift paling murah RM300 ke atas. itu belum tambahan eksesori atau ubahsuai yg bakal dilakukan.

Korang bayangkanlah harga sportrim kete rc di atas RM120 satu set (4 Biji). . haduiiii. . sapa kata hobi ni untuk kanak-kanak? kalau lahir dlm keluarga kaya ok lah. .

Ini lah kete RC pertama yang aku beli ketika itu. Body memang cantek dan terbaik dari ladang.. harga hmmmmm abis dekat RM400 juga ketika itu. .

Ni pulak dia punya remote. . Beli asing ni. . remote sedap org kata. . Harganya RM420 masa tu. .

Lepas tu mula la gila Bodyshell pulak. . Apa itu Bodyshell? Bodyshell tu cover kete tu. . Boleh tukar2 tau. . mcm gambar kt bawah ni. . . .





Bagi korang yang berminat tu boleh la ke laman web berikut untuk survey2 harga ke apa ke.
My RC Station . .  aku slalu amik barang kt kedai ni. . harga ok lor. . .

Sekarang hobi ni terpaksa aku berhentikan sementara waktu selepas berumahtangga sejak julai 2011..

Tapi sekarang rasa macam nk main balik. . tangan dah ketar-ketar dah ni lama tak pegang remote. . Macam mat gian pon ada. . uhuhuhu. . .

Semoga aku dapat sambung hobi ini walaupon org rumah aku kata hobi ni lagi mahal dari main golf. . . 






.::Alhamdulillah::.

Syukur Alhamdulillah atas nasihat dan tunjuk ajar daripada Geng Blogger Tingkap di laman facebook maka terhasillah buat pertama kali dalam sejarah hidup blog ini. Memang dah lama bercita-cita menulis blog sebagai menggantikan diari yang selalu digunakan tetapi disebabkan tiada dorongan dan motivasi maka terpendamlah hasrat tersebut.

Apa pun sekarang 'Wa dah ada blog lu olang jgn eksen sangat ah. . uhuhuhuhuhu. . .