Siapa inginkan peristiwa seperti ini berlaku lagi di negara kita Malaysia yang tercinta ini. Dalam keadaan negara sekarang di mana kita dapat melihat orang melayu sendiri telah berpecah. Adakah perpecahan ini akan menyebabkan orang melayu semakin kuat. Relakah kita melihat negara diperintah oleh bangsa lain?
"Jadi kepada Melayu Melayu Bangsat tak sedar dek untung,tolong baca sejarah mengapa terjadinya 13Mei 1969 dan apa persamaan nya dengan apa yang korang nak lakukan kali ini dalam artikel aku sebelum ini.Korang jangan jadi kaldai bodoh dan diperalatkan oleh bangsa haramjadah ini.Ingat! yang akan turun kelak baik dipihak mana sekalipun adalah orang orang Melayu belaka.Apa Cina buat?Apa India buat?Pastinya bila korang bersedia untuk bertumpah darah sesama bangsa dan agama,mereka semua senang senang duduk dirumah menonton Astro.Cerdik tahap mana pemikiran korang semua ini?"
Cerita untuk petikan di atas KLIK SINI
Peristiwa 13 Mei – Punca tragedi berdarah 13 MeiPeristiwa berdarah 13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa yang telah meninggalkan kesan yang cukup kuat pada Malaysia, Tragedi yang melibatkan rusuhan kaum ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda ini dikatakan berkait rapat dengan Pilihan raya Umum pada 1969 dan merupakan titik hitam dalam lipatan sejarah Malaysia.
Namun disebalik Pilihan raya Umum pada 1969 yang dikatakan titik punca kejadian, terdapat beberapa sebab lain yang sebenarnya telah lama disemai, dan akhirnya bercambah, Benih benih tersebut telah mula disemai sejak bermulanya pendudukan Jepun….
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang . Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan. Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969.
Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan . Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India . Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata “Malaysia hak orang Malaysia ” (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .
Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali derngan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang .
Ketidakseimbangan juga merupakan suatu jurang yang harus diperbetulkan demi sebuah keadilan. Bagaimanapun PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya “Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia” , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu .
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina . Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini , Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 .
Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu.9 Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini . Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah .
Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu. Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk menggurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail . Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan .
Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970.12 Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan . KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya . Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan Melayu. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat sedikit. Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orang- orang Melayu amnya.
Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan . Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan yang telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor.Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur disamping itu mereka juga telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis.Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang- orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti “Melayu sudah jatuh”, “Kuala Lumpur sekarang Cina punya,” “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu”. Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Manakala Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan .Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu. Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis.
Kejadian di Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan “politik” Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah “lari” bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.
Jadi renung-renungkanlah wahai bangsa MELAYU sekalian. adakah peristiwa yang sama akan berlaku lagi pada PRU-13 ini nanti.. Mohon Dijauhkan. Keamanan yang dikecapi hari ini jangan lah dimusnahkan. Ingatlah jika kita tidak bersatu maka BANGSA MELAYU AKAN MENGEMIS DI BUMI SENDIRI. . .
Sumber artikel : http://dnobiz.com/santai/peristiwa-13-mei-punca-tragedi-berdarah-13-mei/
.kita kena ajar2 anak2 kita supaya ada jati diri
ReplyDeleteya betul. . kena ajar dari kecik. .
ReplyDelete:: bro mentol..
ReplyDelete:: saya terperangkap di zaman ini..
:: antara hidop dan mati..
:: pelihara la keamanan yang telah diwariskan..
:: dulu kini dan selamanya..
uiks...gitu ker..sabau je lah
Delete:: di keliling rumah saya api menjulang sis..
Delete:: suara teriakan kesakitan dan tangisan memecah keheningan malam..
:: keesokkan harinya ada yang saya..
:: apabila orang yang disayangi tidak pulang ke rumah seperti biasa..
:: sangat-sangat mengerikan sis..
:: bayangkan ketika itu berusia tatkala lima tahun..
:: peliharala keamanan sebaik-baiknya..
Harapnya keamanan akan dikekalkan.
ReplyDeletebukan senang nak nikmati keamanan yang ada sekarang ni. . iskiskisk. . tapi sedih org sekarang macam tak menghargai keamanan yang dijuangkan oleh orang terdahulu. .
esuk kita jumpa kan?? bdol dah ilang ...sis cari nnti kat gobok ehehe..
Deletekadang org kurus pun ada penyakit hu3
ReplyDeletemacam di somalia ye sis.. hikhikk!
Deleteorg pandan pun ramei...erk....
ReplyDelete:: orang pandan datang dari kayangan sis..
Delete:: ahaks!