Siapa pernah terfikir untuk membeli kereta second hand? Jika anda ingin membeli kereta tersebut di masa akan datang, beberapa perkara perlu diperiksa supaya kita tidak terbeli kereta potong.
Apabila kereta dipotong dan disambung semula, pusat gravitinya akan terjejas dan keseluruhan rangka kenderaan akan menjadi tidak stabil dan berkemungkinan akan terputus apabila berlaku kemalangan.
Mungkin ini yang mudah akan terjadi jika berlaku kemalangan.
Tips Mengelak Terbeli Kereta Potong :
- Letak kereta di tengah panas dan cuba perhatikan badan kereta sama ada ia berlekuk, pengguna akan tahu kereta itu pernah disimen atau tidak
- Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan garisan dari hujung depan ke belakang, sepatutnya lurus sekiranya kenderaan itu tidak terbabit dalam kemalangan
- Buka pintu kereta, perhatikan jarak diantara pintu dengan mudguard depan (sepatutnya sama ketika pintu dibuka)
- Duduk di tempat pemandu, selak pelapik bumbung dan perhatikan sekiranya ada sambungan atau tidak. Kereta yang mengalami kemalangan teruk akan disambung di bahagian ini, begitu juga kereta potong.
- Selak permaidani di lantai di belakang atau di bawah tempat duduk pemandu, perhatikan sama ada terdapat lantai kenderaan kena potong sambung atau tidak.
- Dapatkan nombor chasis, nombor enjin, jenis kenderaan. Semua ini ada di geran kereta, periksa sama ada di atas geran kereta. Bawa maklumat itu ke JPJ dan balai polis trafik untuk semakan sama ada kenderaan itu 'selamat' atau tidak.
Semoga panduan ini berguna untuk anda semua.
Ingat!!Keselamatan Adalah Tanggungjawab Bersama
No comments:
Post a Comment
korang nk tulis apa suka hati ler tapi jgn sampai yg boleh didakwa di mahkamah dan leh disaman juta-juta dah la. Pihak mentol neon tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.